Sunday, August 24, 2008

MINUMLAH air zam zam

Umum mengetahui bahawa terdapat bnyk kelebihan meminum air zam zam. hari ini, mari sama-sama membaca kisah tentang air zam zam..

AIR zamzam mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan berbanding air lain. Perkara ini diperakui oleh banyak kajian saintifik, termasuk sarjana Barat.

Air zamzam mempunyai banyak khasiat dan kelebihan seperti sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud: "Sebaik-baik air di permukaan bumi adalah air zamzam. Padanya ada makanan yang menyegarkan dan penawar bagi segala penyakit."Ia juga mempunyai beberapa keistimewaan antaranya tidak pernah kering walaupun berjuta-juta manusia memanfaatkannya setiap hari, terutama pada musim haji. Air zamzam tidak akan kering hingga hari kiamat. Hal itu, adalah bukti keagungan dan kebesaran Allah. Air zam zam baik untuk semua perkara seperti di beri kpd bayi yg baru lahir, di amalkan oleh ibu yg sdg mengandung dan untuk sebarang kegunaan dgn niat yg baik. Sesuai juga untuk kegunaan memasak.

Ulama sepakat bahawa sunat bagi orang yang mengerjakan ibadah haji dan umrah, minum air zamzam. Ini disebabkan Nabi Muhammad SAW minum air zamzam.Berdasarkan nas asy-Syafi'eyah, bahawa air zamzam itu sunat diminum dalam apa keadaan sekali pun. Hukum sunat itu tidak hanya khusus selepas mengerjakan tawaf, bahkan sunat diminum bagi setiap orang walaupun bukan pada waktu mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Disebutkan dalam hadis, Jabir bin `Abdullah, katanya: "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: "Air zamzam itu diminum untuk keperluan apa saja." (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam erti kata lain, jika meminumnya dengan maksud menghilangkan rasa haus, maka Allah akan menghilangkan rasa hausnya. Jika meminumnya untuk menghilangkan rasa lapar, maka Allah akan mengenyangkannya. Sekiranya, meminumnya untuk menyembuhkan penyakit, maka Allah akan menyembuhkan penyakitnya.

Diriwayatkan Rasulullah gemar meminumnya dan tangan Baginda yang mulia dan penuh barkah pernah dicelupkan ke dalam perigi zamzam. Rasulullah pernah bersabda: "Air zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Hadis riwayat Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Ok, kpd mereka yg ingin ke tanah suci, bekalkanlah air zam zam pulang ke tanah air kerana banyak kelebihannya.. SELAMAT minum air zam zam..


No comments: