Sunday, October 26, 2008

Kopi buat payu dara kecut

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam semua. Ini ada satu lg kajian yg kta bleh kongsi bersama.Makin maju dunia nie mkin bnyk penyakit yg sng2 jer nk dpt. Anda baca dan renungkan jika ada kaitan dgn anda terutama wanita.

Pengambilan terlalu banyak kafein jejas hormon dalam badan wanita

LONDON: Pengambilan hanya tiga cawan kopi sehari dikatakan mampu mengecutkan buah dada wanita kerana kafein yang terlalu banyak boleh menjejaskan hormon dalam badan dan menggugat saiznya. Kajian terbaru yang dijalankan sekumpulan penyelidik menunjukkan lebih banyak kopi yang diminum, lebih kecil saiz buah dada mereka.


Hampir 300 wanita yang mengambil bahagian dalam kajian itu dan mereka ditanya purata jumlah pengambilan kopi sehari dan saiz payu dara mereka diukur. Keputusan kajian itu yang disiarkan Jurnal Kanser Britain mendapati bahawa dengan hanya meminum sekurang-kurangnya tiga cawan kopi atau lebih sehari sudah cukup untuk mengecilkan saiz buah dada mereka. Kesannya meningkat bagi setiap cawan kopi yang diminum.

Hampir separuh daripada wanita dalam kajian itu menunjukkan perubahan gen yang dikaitkan dengan pengambilan kopi dan saiz payu dara mereka. "Meminum kopi boleh memberi kesan besar terhadap saiz buah dada," kata Helena Jernstrom dari Universiti Lund, Sweden, yang mengetuai kajian berkenaan.

"Wanita yang minum kopi tidak perlu bimbang buah dada mereka akan mengecut dengan cepat dalam masa semalaman. Ia akan menjadi lebih kecil tetapi tidak terus menghilang," katanya.
"Bagaimanapun, mereka yang berpendapat boleh meneka wanita mana peminum kopi hanya melalui ukuran baju dalam mereka akan silap.

"Masalahnya, ada dua ukuran bagi sehelai baju dalam iaitu saiz mangkuk dan ukur lilit jadi tidak mudah untuk anda meneka." Wanita yang minum lebih tiga cawan kopi sehari mempunyai purata 17 peratus saiz buah dada lebih kecil berbanding mereka yang minum kurang tiga cawan sehari. Wanita yang mempunyai saiz buah dada lebih besar paling berisiko tinggi, kata saintis berkenaan.

Bagaimanapun, kajian itu tidak dapat merumuskan sama ada meminum jumlah kafein yang banyak setiap hari juga boleh menjejaskan kepadatan buah dada.

Sama sama sebarkan untuk manfaat bersama..


Saturday, October 25, 2008

Coke+Ajinomoto - HATI HATI DENGAN AKIBATNYA

Salam... saya ada dpt emel yg perlu kta kongsi. Sama2 kta sebarkan untuk manfaat bersama..

Coke+Ajinomoto
Dear friends
I received news about the recent tactic used to spike girls' drinks. It is a cheap and widely used method. This method was used in Canny Ong murder. Rapist uses this method:
Coca-cola + ajinomoto/monosodiu m glutamate = a medicine which will cause drowsiness and excitement in the victim.This mixture is poisonous if used too often on the victim.

Please send this to all your female friends, sisters, & your loved ones and ask them to beware.

DO NOT accept coca-cola or any other drinks from stranger / even if it is your friend that you are not very close with.

Regards,
Hishamuddin Alias ( ASP )
Jabatan Siasatan Jenayah Berat
IPK Kuala Lumpur

Friday, October 24, 2008

Saintis akui khasiat air liur bas

Salam semua... hari nie, saya nk kongsi satu info menarik. msa kecik2 dulu, mak saya suruh minum air masak time bngn tdo, b4 g mnd. Saya pn heran knp, tp ikutkan jugak sbb masa 2 budak2 lg, klu x, mak msti bising... hehe.. bla dh msuk sek. men. bru la saya x amalkan. Mak pn x bising lg bla x minum air lpas bngn tdo. Cari punya cari, baru skang saya jmpa khasiat petua nie. jomkta kongsi bersama.

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi, mengandungi beberapa bakteria termasuk jenis baik yang membantu proses penghadaman makanan.

Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rokiah Mohd Yusof, berkata antara bakteria baik ialah lactobacillus dan bisido bacteria yang berkhasiat mencerna sistem tubuh manusia.

Beliau menyarankan seseorang itu menggosok gigi setiap kali sebelum tidur bagi mengurangkan bakteria yang tidak baik berkumpul di dalam mulut.

“Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun pagi akan masuk ke bahagian usus kecil untuk tujuan penghadaman sebelum berkumpul di dalam usus besar.
Dr Rokiah berkata, air liur juga mengandungi enzim yang boleh menghadamkan karbohidrat dan jika ditelan akan membantu memudahkan makanan memasuki saluran tekak.

Ok.. bolehlah anda amalkan petus nie tanpa was2.. Nmpknya saya pn kna amalkan blik petua nie.. hehe.. Selamat mencuba untuk kesihatan anda..

Friday, October 17, 2008

Buah naga merah banyak khasiat

MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).


Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.

Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.

Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.

Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.

“Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan). Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga. Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.

“Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,”Pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.

KEBAIKAN
Tingkat daya tahan
Kurangkan metabolisma badan
Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
Kurangkan tekanan emosi
Neutralkan toksik dalam darah
Cegah kanser usus
Cegah kandungan kolesterol tinggi
Turunkan kadar lemak.


Salam perjuangan...

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam semua. Alhamdulillah, dpt bersua di alam siber ini. Minggu nie saya msih sbuk dgn industri di kilang, mkin nk hbs nie, mkin bnyk pulak keje rasanya. nk demam pn ada rasanya. Nasib baik ada yg sudi tolong dan bantu saya, Terima kasih kpd yg memahami tugas yg saya lakukan di kilang. Moga Allah membalas jasa kpd semua yg membantu saya.. Sibuk2, sempat juga rakan2 sekilang dtg berhari raya ke rumah saya pd mlm selasa kelmarin.. Segala kekurangan harap dimaafi. Mengenai take over government, rakan saya yg berhubung rapat dgn Yb DS Anwar memberitahu, ianya semakin hampir. Hanya tggu faktor teknikal dan strategi politik sahaja. Sama2 doakan kejayaan untuk kesejahteraan bersama dan kemakmuran ekonomi Malaysia tercinta. Ok, sebentar lg saya kongsi info terbaru bersama anda semua.

Sunday, October 12, 2008

info MENARIK

Bismillahirrahmanirrahim...
Salam semua... Nie ada info menarik yg saya dpt dri kwan saya.. Info yg menarik dan PENTING yg anda boleh praktikkan jika berlaku kecurian terhadap kad bank anda.


Nombor pin ATM yg diterbalikkan- Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan
> > > > > > > > > > > > > > > memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan drpd nombor yg sebenarnya melalui kad anda yg masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yg kita tidak ketahui, pihak Bank dgn segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebarkanlah maklumat ini seluas mungkin untuk manfaat kepada orang lain.

Friday, October 10, 2008

Maaf kepada semua

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam kemaafan semua sbb saya x berkesempatan update sbrg posting skrg nie.. saya agk sbuk menyiapkan report Li yg perlu di hntr awal november ini.. InsyaAllah, jika berkesempatan ,saya akan kongsikan crita menarik bersama anda semua.. Doakan saya cemerlang dgn pekerjaan yg dilakukan.. Amin.. Teruskan sokongan anda ke blog ini...
Jumpa lagi

Wednesday, October 1, 2008