Friday, November 27, 2009

LELAKI DAN WANITA....

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,

2. isterinya ,

3.anak perempuannya , dan

4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :

1. suaminya,

2. ayahnya,

3. anak lelakinya dan

4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

1. sembahyang 5 waktu

2. puasa di bulan Ramadhan

3. taat suaminya dan

4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...

kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...

maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...

supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

selamat Hari raya KOrban/Aidil Adha..

Selamat hari raya kwan2 se'blog'ku... Lama dh x update blog saya nie kan...
Alhamdulillah, bru skang nie free nk update.. hehe.. Ok, di kesempatan ini, mari kita menghayati sedikit apakah erti pengorbanan...

Pengertian Qurban

Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.
PENSYARI‘ATAN DAN HIKMAHNYA

Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.


Firman Allah subhanahu wata‘ala:

{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }

Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)

Hikmah disyari‘atkan qurban ialah sebagai tanda bersyukur kepada Allah subhanahu wata‘ala di atas segala nikmatNya yang berbagai dan juga di atas kekalnya manusia dari tahun ke tahun.


Ia juga bertujuan menjadi kifarah bagi pelakunya, sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan yang telah dilakukan ataupun dengan sebab kecuaiannya dalam menunaikan kewajipan di samping memberikan kelegaan kepada keluarga orang yang berqurban dan juga mereka yang lain.


Qurban tidak memadai dengan menghulurkan nilai harganya, berbeza dengan ibadah zakat fitrah yang bermaksud memenuhi keperluan golongan fakir, Imam Ahmad dikatakan menyebut amalan menyembelih qurban adalah lebih afdhal daripada bersedekah dengan nilai harganya.

HUKUM MELAKUKAN QURBAN

Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.
Sabda Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam yang bermaksud:
“Aku diperintahkan agar menyembelih qurban dan ia sunat bagi kamu”
(Riwayat Tirmizi)



PEMBAHAGIAN IBADAH QURBAN

Terdapat dua jenis qurban iaitu qurban wajib dan qurban sunat.

Qurban Wajib
Qurban Nazar.

Contohnya apabila seseorang menyebut, “Kerana Allah wajib ke atasku berqurban seekor kambing atau seekor unta ini” ataupun dengan menyebut, “Aku jadikan kambing ini sebagai qurban”
Sama sahaja hukumnya dalam hal sama ada yang menyebutnya itu seorang yang kaya ataupun seorang fakir.

Binatang yang dibelikan untuk tujuan qurban oleh seorang fakir. Apabila seorang fakir membeli seekor kambing dengan niat untuk diqurbankan, maka ia menjadi wajib. Ini kerana membeli dengan tujuan berqurban oleh seseorang yang tidak wajib melakukannya dikira wajib kerana perbuatan ini dikira sebagai satu nazar.

Qurban Sunat

Qurban sunat ialah qurban yang dilakukan oleh seseorang yang berkemampuan melakukannya sama ada miskin ataupun yang bermusafir, yang tidak berniat nazar atau membeli dengan tujuan qurban.

SYARAT-SYARAT QURBAN

Syarat qurban dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

Syarat Wajib/Sunat Qurban.
Syarat Sah Qurban.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban.


Syarat Wajib/Sunat Qurban

1. Untuk dijadikan ibadah qurban wajib ataupun sunat adalah disyaratkan dia mampu melaksanakannya.

2. Orang yang dianggap mampu ialah mereka yang mempunyai harga untuk binatang qurban yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang di bawah tanggungannya untuk hari raya dan hari–hari tasyrik kerana inilah tempoh masa bagi melakukan qurban tersebut.

3. Kedudukannya sama seperti dalam masalah zakat fitrah, mereka mensyaratkan ia hendaklah merupakan yang lebih daripada keperluan seseorang juga keperluan mereka yang di bawah tanggungannya pada hari raya puasa dan juga malamnya sahaja.

Syarat Sah Qurban

Hendaklah binatang yang diqurbankan itu tidak mempunyai sebarang kecacatan yang menyebabkan kekurangan kuantiti dagingnya ataupun menyebabkan kemudharatan terhadap kesihatan. Contohnya cacat yang teruk pada salah satu matanya, berpenyakit yang teruk, tempang atau kurus yang melampau.

Hendaklah qurban itu dalam masa yang tertentu iaitu selepas sembahyang Hari Raya Haji pada 10 Zulhijjah hingga sebelum terbenam matahari pada akhir Hari Tasyrik iaitu pada 13 Zulhijjah.


Hendaklah disembelih oleh orang Islam.


Orang yang berkongsi mengorbankan unta atau lembu tidak lebih dari tujuh orang di mana masing–masing menyumbang 1/7 bahagian.
Syarat Mereka Yang Dituntut Berqurban

Islam.
Merdeka.
Aqil Baligh.
Bermukim atau Musafir.
Berkemampuan.


WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN

Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis Nabi yang diriwayat oleh Al-Barra’ bin ‘Azib :
“Perkara pertama yang kita mulakan pada hari ini ialah bersembahyang, kemudian kita balik dan melakukan penyembelihan qurban. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menepati sunnah kami. Sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka ia merupakan daging yang disediakan untuk ahli keluarganya. Ia tidak dikira sebagai ibadah khas (qurban) ini sedikit pun.”

BINATANG QURBAN

Perbincangan tentang binatang qurban ini meliputi empat perkara :

Jenis binatang yang diqurban.
Umur binatang qurban.
Kadar binatang yang disembelih.
Sifat–sifat binatang qurban.
1. Jenis Binatang Yang Diqurban
Para ulama’ sependapat bahawa ibadah qurban tidak sah kecuali dengan menggunakan binatang an‘am, iaitu binatang jinak yang berkaki empat seperti unta, lembu dan kerbau, kambing biri–biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Oleh itu, tidak sah berqurban dengan menggunakan binatang yang lain daripada binatang an‘am ini seperti kerbau liar dan kijang.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ اْلأَنْعَمِ }
Maksudnya:
“Dan bagi tiap-tiap satu umat, Kami syari‘atkan ibadah menyembelih qurban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka: binatang-binatang ternak yang disembelih itu.”
(Surah Al-Hajj 22:34)

Tidak terdapat sebarang dalil sama ada yang dinaqalkan daripada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam atau sahabat yang menunjukkan mereka berqurban dengan binatang selain daripada binatang-binatang ternakan (an‘am) ini. Oleh kerana qurban merupakan satu ibadah yang dikaitkan dengan binatang, maka ia hanya ditentukan kepada binatang an‘am sahaja sama seperti ibadah zakat.


Adapun binatang yang lebih afdhal diqurban ialah unta diikuti dengan lembu kemudian biri-biri atau kibasy kemudian kambing. Ini memandangkan kuantiti dagingnya yang lebih banyak bagi maksud pengagihan yang lebih meluas untuk fakir miskin.


Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam juga telah bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan mandi junub, kemudian dia pergi (ke Jumaat) maka dia seolah-olah telah berqurban seekor unta. Sesiapa yang pergi pada saat kedua maka dia seolah-olahnya berqurban dengan seekor lembu. Sesiapa yang pergi pada saat ketiga maka dia seolah-olah berqurban dengan seekor kibasy yang bertanduk.”

2. Umur Binatang Qurban

Umur binatang yang hendak diqurbankan berbeza-beza mengikut jenis binatang iaitu:

Unta disyaratkan telah berumur lima tahun dan masuk ke umur enam tahun.
Kambing dan lembu disyaratkan telah berumur dua tahun dan masuk ke umur tiga tahun.
Kibasy disyaratkan telah memasuki umur dua tahun.
Bagi anak unta, lembu, kambing dan kibasy yang telah berumur dua tahun lebih (yang telah bersalin gigi) harus dijadikan qurban.


3. Kadar Binatang Yang Disembelih
Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy hanya mencukupi sebagai qurban untuk seorang sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi qurban bagi tujuh orang. Ini berdasarkan hadith Jabir:

“Kami berqurban bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.”

Dalam riwayat Muslim pula menyebut :
“Kami keluar bersama Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”

4. Sifat–Sifat Binatang Qurban

Sifat–sifat binatang qurban sama ada betina atau jantan yang digariskan oleh syara‘ adalah seperti berikut:

Terang penglihatannya iaitu tidak buta.
Tidak cacat seperti kudung kaki, putus ekornya, terpotong hidungnya atau sebagainya.
Gemuk, tidak harus pada binatang yang terlalu kurus.
Ciri-ciri yang afdhal terdapat pada binatang qurban itu:
Gemuk pada keseluruhan anggotanya.
Bertanduk.
Putih warna bulunya (pada kibasy).
Jantan.
Sifat yang makruh pada binatang qurban:

Rabit telinganya.
Terpotong sedikit bahagian belakang atau depan telinganya.
Tidak mempunyai tanduk sejak asalnya.
Patah tanduk sebelah atau keduanya atau pecah bahagian tanduknya.
Tanggal sebahagian giginya disebabkan tua atau jatuh.
Kabur penglihatannya.


PERKARA SUNAT KETIKA BERQURBAN

Sunat menambat binatang yang hendak diqurbankan itu beberapa hari sebelum disembelih.
Digantung tanda pada binatang yang hendak diqurbankan.
Dibawa dengan baik dan ihsan ketika ke tempat penyembelihan.
Disunatkan juga orang yang berqurban menyembelihnya.
Sunat dihadapkan ke arah qiblat ketika menyembelih qurban.
Sunat memilih binatang yang paling gemuk, terelok dan terbesar untuk dijadikan qurban.
Sunat digunakan alat yang paling tajam dan diperbuat daripada besi.
Setelah selesai disembelih maka sunat ditunggu sehingga binatang yang disembelih itu sejuk dan semua anggota tidak bergerak lagi.
Sunat bagi mereka yang mahu melakukan qurban tidak bercukur dan tidak memotong kukunya setelah tiba bulan Zulhijjah sehingga telah selesai berqurban.
Binatang qurban sunat dibaringkan di atas rusuk kiri sebelum dilakukan penyembelihan.

Sunat ketika sembelihan qurban dilakukan adalah seperti berikut:
Membaca basmalah.
Bersalawat ke atas Nabi Muhammad.
Binatang diarahkan ke arah qiblat.
Bertakbir sebelum atau selepas membaca basmalah.
Berdoa.

12. Orang yang berqurban hendaklah membaca doa seperti berikut :

“Ya Allah, ini adalah nikmat yang datang dariMu dan dengannya aku mohon untuk dapat mendampingiMu.”

13. Sunat wakil yang melakukan sembelihan menyebutkan orang yang mewakilkannya seperti:

“Dengan nama Allah dan Engkau Yang Maha Besar, ini daripadaMu dan untukMu. Terimalah Ya Allah daripada si pulan, si pulan.....”

PERKARA MAKRUH KETIKA BERQURBAN

Berlaku kasar kepada binatang yang hendak diqurbankan seperti mengheret atau memukul semasa membawa ke tempat sembelihan atau seumpamanya.


Memerah susu atau menggunting bulu atau mengambil sebarang faedah dari binatang yang hendak dijadikan qurban.


Tidak menghadapkan ke arah qiblat semasa sembelihan dilakukan
.
Bercukur atau memotong kuku setelah tiba bulan Zulhijjah hingga penyembelihan qurban selesai dijalankan.


Binatang yang telah dibeli untuk tujuan qurban adalah makruh dijual kerana ia telah ditentukan untuk qurban.


HUKUM DAGING QURBAN

Qurban yang wajib iaitu yang dinazarkan ataupun yang ditentukan sama ada dengan menyebut, “Ini adalah qurban”, maka orang yang berqurban tidak boleh memakannya. Dia wajib menyedekahkan semuanya sekali.


Anak kepada binatang qurban yang ditentukan juga, perlu disembelih seperti ibunya, tetapi bezanya ia boleh dimakan kesemuanya oleh tuan yang mengurbankannya kerana disamakan dengan hukum susu, kerana tuannya harus meminum susu binatang qurban yang selebih daripada anaknya walaupun perbuatan itu makruh.


Bagi qurban sunat, maka tuannya sunat memakannya, iaitu yang afdhalnya dia hendaklah memakannya beberapa suap sebagai mengambil berkat. Ini bersesuaian dengan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَكُلُواْ مِنْهَا وَأَطْعِمُواْ الْبَآئِسَ الْفَقِيرَ }
Maksudnya:
“Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang qurban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.”
(Surah Al-Hajj, 22:28)

Hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bayhaqi pula ada menyebut bahawa Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam telah memakan sebahagian daripada hati binatang qurbannya. Hukum memakan daging qurban pula tidak wajib, ini berdasarkan firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ وَالْبُدْنَ جَعَلْنَهَا لَكُم مِّن شَعَآئِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ }
Maksudnya:
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syi‘ar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu.”
(Surah Al-Hajj, 22:36)

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa ia dijadikan untuk kita. Setiap perkara yang dijadikan untuk manusia, maka dia diberi pilihan sama ada mahu memakannya atau tidak.

Orang yang berqurban juga boleh menjamu kepada kalangan yang kaya, tetapi tidak boleh diberi milik kepada mereka. Yang boleh cuma dihantar kepada mereka sebagai hadiah yang mana mereka tidak akan menjualnya atau sebagainya
.
Mengikut pendapat dalam qawl jadid, orang yang berqurban boleh memakan sebahagian daripada qurbannya. Mengikut qawl qadim pula harus memakan sebanyak separuh, manakala bakinya hendaklah disedekahkan.


Sebahagian ulama’ berpendapat daging qurban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 1/3 daging disedekahkan dalam keadaan mentah, 1/3 daging dimasak dan dibuat jamuan dan 1/3 daging dimakan oleh orang yang berqurban.


Pendapat yang asah pula, adalah wajib bersedekah dengan sebahagian daripada daging qurban walaupun sedikit kepada orang Islam yang fakir walaupun seorang. Walaubagaimanapun, yang lebih afdhal hendaklah disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap untuk mengambil keberkatan seperti yang telah dijelaskan.


Bagi qurban sunat pula, orang yang berqurban boleh sama ada bersedekah dengan kulit binatang tersebut atau menggunakan sendiri, seperti mana dia harus mengambil faedah daripada binatang itu semasa hidupnya. Tetapi bersedekah adalah lebih afdhal. Bagi qurban yang wajib pula, kulit binatang itu wajib disedekahkan.


Qurban juga tidak harus dibawa keluar dari negeri asalnya sebagaimana yang ditetapkan dalam masalah membawa keluar zakat.



© Jabatan Mufti Negeri Melaka ~ ambik dari sini.

Sunday, November 1, 2009

CERITA gempa bumi di indonesia

SALAM... artikel ini dipetik dari tulang besi

Saya berkesempatan bersolat jemaah dan mendengar khutbah dari Buya Alvis Chaniago, seorang aktivis dari Front Pembela Islam (FPI) minggu ini. Saya berniat untuk berkongsi maklumat yang saya dapati dari khutbah tersebut.

Organisasi Buya Alvis telah menghantar sebuah pasukan pembantu kepada mangsa gempa bumi Tasik Malaya (http://www.reliefweb.int/rw/rwb.nsf/db900SID/NSPR-7VJGAD?OpenDocument). Kita semua maklum pada 2 September 2009, sebuah gempa bumi pada 7.3 skala Ritcher telah melanda sebuah tempat bernama Tasik Malaya yang terletak di Jawa Barat, Indonesia.

Setelah berlaku gempa tersebut, FPI menghantar pasukan untuk membantu proses dan kerja2 menyelamat serta pembinaan semula kawasan terbabit serta membantu mangsa2 Tasik Malaya tersebut.

Buya Alvis seterusnya bertanya mengapa Tasik Malaya dan Padang? Dalam satu wawancara di stesen TV Indonesia (Stesen Trans TV), seorang pakar seismologist memberitahu bahawa kawasan yang dijangka berlaku gempa selepas Acheh adalah Jakarta. Menurut pakar itu, boleh dikatakan semua pengkaji di Indonesia menyatakan bahawa Jakarta akan menjadi tempat kedua kejadian gempa berlaku selepas Tsunami Acheh.

Seterusnya, berlakunya gempa di Tasik Malaya dan Padang benar-benar MEMBINGUNGKAN para pengkaji gempa di Indonesia, dan pakar itu berkata kejadian gempa ini adalah benar-benar kejadian yang menurut kehendak kuasa yang Maha Besar.

Kesah di Tasek Malaya

Buya Alvis menyambung lagi, setelah berada beberapa hari di Tasik Malaya, di tempat kejadian gempa berlaku, barulah Buya Alvis mengetahui mengapa gempa tersebut berlaku. Hampir keseluruhan kawasan yang terlibat dalam gempa tersebut diduduki oleh para pengikut Ahmadiyyah/Qadyani.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan kawasan yang menjadi mangsa gempa Tasik Malaya melibatkan kampung2 dan penempatan2 pengikut2 Qadyani/Ahmadiyyah. Amat sedikit kawasan Ahlus Sunnah yang musnah akibat gempa tersebut.

Buya Alvis menyambung, protes dan usaha ke arah memaksa kerajaan Indonesia mengambil tindakan ke atas pengikut2 dan ajaran2 Qadyani di Indonesia telah dilakukan oleh Muhammadiyya dan FPI ke tahap maksimum. Sebelum pemilu MPR baru2 ini, satu demonstrasi besar2 an telah dilakukan menuntut kerajaan Indonesia mengambil tindakan tegas ke atas ajaran Ahmadiyyah di Indonesia.

Namun tuntutan gerakan Islam itu tidak diambil kesah pemerintah Indonesia sama sekali. Malahan, terdapat pengikut Jaringan Islam Liberal di bawah naungan Gus Dur memperlekehkan usaha FPI/Muhammadiyyah ini.

Buya Alvis berkata lagi, akhirnya mereka terpaksa mengadu kepada Kerajaan di langit bagi mengharapkan tindakan tegas ke atas ajaran sesat dan syirik ini. Dan Kerajaan di Langit akhirnya menghantar penguatkuasaanNya dalam bentuk Gempa Bumi berskala Richter 7.3 di tengah2 kawasan Ahmadiyyah/Qadyani ini.

Alhamdulillah, selepas trajedi ini, hampir 1500 pengikut Qadyani berjaya diislamkan oleh FPI. Itu tidak termasuk usaha dari kumpulan2 pembantu yang lain di Tasik Malaya.

Kesah di Padang

Di Padang juga serupa. Ada 3 kampung yang sama sekali musnah kerana gempa tersebut. Mengikut penyiasatan FPI, mereka mendapati di tiga kampong tersebut, segala maksiat telah menjadi perkara biasa dan lumrah di sana. Arak, zina, meninggalkan solat menjadi lumrah di ketiga-tiga kampong tersebut.

Menurut khabar muttawateer dari hampir ke semua yang ditanya, beberapa ketika sebelum berlaku gempa, tiba-tiba muncul sepasang mata di langit yang boleh dilihat oleh semua orang2 di kampong tersebut.

Sejurus melihat sepasang mata tersebut menyebabkan orang2 di kampong tersebut merasa takut dan mengunci diri mereka dalam rumah2 mereka. Sejurus orang2 kampung mengunci diri mereka, maka berlakulah gempa yang amat dahsyat.

Mereka yang terselemat memberitahu seolah-olah mereka berada di atas kapal di tengah2 badai yang melanggar, walaupun mereka duduk atas darat.

Mengapa Tidak Jakarta?


Keseluruhan mereka yang ahli dalam gempa di Indonesia memberitahu bahawa Bandar yang akan dilanda gempa selepas Acheh adalah Jakarta. Namun, sehingga hari ini Jakarta masih tenang.

Sedangkan pusat maksiat terbesar di Indonesia adalah Jakarta berbanding bandar2 lain. Menurut Buya Alvis, walaupun wujud maksiat terbesar di Jakarta, namun kedapatan juga para ulama yang menjalankan usaha Amar Maaruf Nahi Mungkar dan yang paling besar di Indonesia adalah di Jakarta.

Ulama2 yang besar2 dan usaha dakwah yang terbesar di Indonesia adalah di Jakarta yang mana inilah faktor menyebabkan Allah SWT menangguh adanya gempa di Jakarta. Buya Alvis berkata kalau pada satu hari nanti, ulama2 besar ini mengambil sikap tidak lagi mahu berdakwah dan melakukan kerja nahi mungkar dan menyerahkan kepada Allah SWT, pada hari itu beliau yakin Gempa yang ditahan oleh Allah SWT selama ini akan berlaku di Jakarta.

Pengajaran

Ada beberapa pengajaran yang dapat kita ambil :

a. Di Malaysia, kejadian gempa, tsunami etc jarang berlaku kerana usaha Amar Maaruf Nahi Mungkar berjalan semenjak Malaysia merdeka 1957. Apakah usaha tersebut dipanggil? Usaha tersebut dipanggil dengan nama Partai Islam Semalaysia (PAS)

b. Apabila kita sudah berusaha semaksima mungkin untuk menghapuskan kesyirikan dan kemungkaran, akhirnya nanti Allah SWT akan menghantar bantuanNya bagi mencukupkan usaha kita tersebut. Selagi usaha kita tidak dibantu Allah SWT ia bererti ada lagi ruang2 yang masih belum dilakukan oleh para pejuang Islam. Selepas Ustaz Ibrahim Libya dibunuh secara kejam, UMNO telah pecah dan tidak dapat disatukan kembali. Contoh lah ni.

c. Amar Maaruf Nahi mungkar MESTI berterusan berlaku dalam masyarakat kita untuk memastikan bala dan bencana tidak diturunkan oleh Allah SWT. Selagi ada ulama2 yang giat menjalankan kerja2 amar maaruf nahi mungkar, selagi itu Allah SWT akan menghalang berlakunya bencana dalam negara tersebut.

d. Gempa di Padang itu TERSANGAT kuat sehingga Kota Bharu pun dapat merasa gegarannya. Mungkin juga ia satu amaran kepada rakyat Malaysia apabila terdapat setengah2 kepimpinan PAS yang sudah meletakkan kepentingan dunia melebihi tugas amar maaruf nahi mungkar

e. Gempa bumi sampai ke Kota Bharu sebab Allah SWT nak bagitau Tok Guru kalau Tok Guru tak gegar PAS, Allah SWT akan gegarkan Malaysia. Agaknya sebab itulah Tok Guru menulis artikel dalam blog beliau kerana beliau mahu mengelakkan PAS dari menjadi UMNO dan menghapuskan sama sekali kerja Amar Maaruf Nahi Mungkar

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA...

SALAM AIDILFITRI.. salam syawal kepada anda semua.... raja jemput dtg rumah.. dikesempatan ini ingin saya mohon maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan kta ini...

Thursday, September 10, 2009

salam semua..

Salam semua.. selamat menjalani ibadah puasa dgn jayanya... Selalu saya cerita mengenai wanita sahaja.. kali nie saya ada tip untuk para suami bagaimana untuk menghangatkan hubungan anda... OPssss, hangatkan?? hehe... ambillah yg mana boleh anda ambil untuk membelai dan menyayangi isteri anda...

# Sentiasa berdoa agar disayangi.

# Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.

# Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.

# Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.

# Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit, perhatian yang berkualiti terhadap isteri.

# Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.

# Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.

# Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).

# Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.

# Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.

# Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.

# Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.

# Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.

# Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.

# Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.

# Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.

# Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.

# Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.

# Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.

# Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".

# Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

# Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.

# Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.

# Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.

# Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

# Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.

# Sentiasa lakukan ibadah bersama.

# Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.

# Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.

# Urut belakang isteri sekali sekala.

# Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.

# Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.

# Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.

# Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.

# Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.

# Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.

# Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.

# Lebihkan isteri daripada anak-anak.

# Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.

# Seeloknya masuk tidur serentak.

# Belai isteri sebelum pergi kerja.

# Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.

# Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.

# Lakukan riadah bersama isteri.

# Pergi berkelah sekali sekala.

# Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.

haaa... dh baca tips2 nie.. amalkan lah.. ingat. setiap apa yg anda lakukan bersama dgn kasih sayang.. ganjaran pahala untuk anda..


Monday, August 31, 2009

gambar yg menarik.. hehe


Salam... gambar nie membawa anda berfikir.. jika masing2 pentingkan diri sendiri, inilah jadinya... lembu pn tao berfikir.. hehe..

FIKIR FIKIRKANLAH.....

Untuk dikongsikan kepada para isteri-isteri dan bakal-bakal isteri.



Alangkah indahnya seorang isteri.. Beruntunglah seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Kelebihan Seorang Isteri..

RENUNG RENUNGKANLAH WAHAI WANITA DAN ANDA YANG AKAN BERGELAR ISTERI...

SALAM RAMADHAN DARIKU...

salam semua.. maaf, agk lama juga x update blog kesayangan nie.. agk sbuk dgn beberapa urusan.. Ari nie dh 10 ramadhan.. huhu.. sekejap jer kan. Bagaimana 10 ramadhan yg telah anda tempuh?? Moga sentiasa bertambah amal hendaknya.. Tinggal 20 hari lg untuk kta menenpuh ramadhan.. selepas itu kta akan menyambut syawal. Moga kta dipanjangkan umur untuk sentiasa membuat kebaikan... InsyaAllah, saya akan update artikel yg menarik selepas ini..

SELAMAT BERIBADAT DI BULAN YG MULIA INI...

Monday, June 8, 2009

Salam semua..

Salam.. arinie nk bg tao kalian semua.. hehe, mcm buat pengumuman kat tv pulak.. ermmmm... mgkn daku xdpt update blog nie buat sementara waktu.. huhu, sedey pulak.....untuk maklumat, saya akan ke tmpt bru,ada kursus sket.. Xtao lew ada tenet x, if ada pn, daku xde laptop nk akses tenet.... waaaaaa... saya akan berkursus di kl.. huh.. Kl mst bnyk wireless, tp mgkn daku akan sbuk dgn latihan.. waaaaaaaa... xtao la apa daku ngah wat nie, xdpt nk check emel tiap2 ari.. mst penuh inbox daku nnt.... ermmm. mgkn ini sebahagian lumrah kehidupan yg daku perlu tempuhi. Kalian doakan daku selamat yer.. Mcm nk g perang pulak.. kuikui... Maklumlah, Malaysia pn bkn slamat sgt... Opppp.. btol ker??? ntah ler.Doakanlah daku selamat. Xtao ler mcm mn keadaan tmpt daku nk g nie.... Hopely ia selesa dan menhiburkan...

Ok,Daku akan kembali.....


Tuesday, June 2, 2009

Luahan insan bergelar wanita...


Saya dapat emel yg menarik untuk kta kongsi bersama.. Fikir2kanlah.. kepada yg bujang mahupun yg berumah tgga..

Impian sy sebagai seorg isteri ialah......

1) Belajar tuk berubah sepanjang masa...

2)
Isteri adalah seorg wanita yg mempunyai hati yg halus.....

3) Isteri perlukn belaian dr seorg lelaki yg begelar suami....

4) Isteri tak pernah mintak lebih dr itu....cukup hanya pada kasih sayang yg tak pernah hilang semcm mana sewaktu bercinta.... Bila bercinta semuanya indah....sentiasa pujuk memujuk, ucapan syg klu blh setiap saat hendak di ucapkn... tp bila sudah berkahwin ucapan itu semakin hilang kenpa...... dgn alasan dh kahwin dh ada ank...tak perlukan semua itu..... dlm sesebuah kehidupan berumah tangga itu penyedap sesebuah hubugan itu adalah kasih syg,ucapan,belaian, ber tolak ansur,saling hormat menghormati, jujur dlm perhubungan, ikhlas dr suami dn isteri.... itulah resepi paling mujarap sekali...... .

*trima kasih kpd pengirim emel, saya akan cuba blajar menjaga hati wanita yg saya sayang.. hehe.. bagaimana dgn anda????

Saturday, May 30, 2009

SAYANGNYA ALLAH PADA WANITA.


Artikel nie mengenai wanita lg.. bnyk kelebihan wanita, sebab 2 saya suke crita pasal wanita.. Lg pn, wanita lah yg akan jd isteri dan ibu kpada ank2 saya kan..hehe.. kta harus hargai wanita... Renungkanlah


1- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3- Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5- Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6- Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7- Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

- Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
- Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak.
- Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
- Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
- Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap).
- Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita ...

YA Allah.. Kau lindungi lah wanita yg ku sayang, yg sentiasa berada di hatiku dengan rahmatmu.. Amin.


Thursday, May 28, 2009

sebagai PERINGATAN..




Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa.

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa... 1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari


~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim


~ dah nampak dah skrg...


3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah


~ Mentor , Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.


~ memang dah nampak dah...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.


~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......




6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad


~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani


~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....



8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad


~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah
hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.


~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim


~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie......



12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad


~ tengok kes peperangan Iraq ...


13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim


~ Dubai
dah turun salji... Mina dah kene banjir...



TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN!


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...



Tuesday, May 26, 2009

mana saya??


Salam semua.. pelik kan posting ari nie.. hehe.. sebenarnya, beberapa hari lepas, ada seseorang nie nk sgt tao siapa saya. dia kata dia peminat setia blog nie (terharu rasanya ada peminat setia) kui3... so.. untuk tidak menghampakannya, saya letak la gmbr nie.. pilih la mana satu saya.. yg pntg, bkn president... hehe.. carilah.. mana satu saya.. which one is me...

Sunday, May 24, 2009

PETUA BEHARGA..

10 Cara Memenangi Hati Ibu Mertua

1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.


2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.


Ke Kubur Juga Akhirnya


Artikel nie baru saya terjumpa.. terus copy paste disini...Bagus untuk renungan...

ADAKAH DENGAN WANG, KITA PASTI SELAMAT KE SYURGA???? jawapan di tangan anda...

Hiduplah dengan besederhana, itu jalan paling baik.. Banyakkan sedekah dan beramal.Semakin ramai yang hidup hasil daripada harta yang HARAM.. FIKIR FIKIRKANLAH.. MOGA KITA TERHINDAR DARI HARTA YANG HARAM.. Kekayaan, pangkat dan kebesaran yang dikecapi adalah sementara sahaja, amat jarang kenikmatan sementara ini mampu dikecapi melebihi 60 tahun. ADAKAH ANDA PASTI, ESOK MASIH ADA UNTUK MENEBUS SEGALA HARTA HARAM YANG KITA HASILKAN??? tentu tidak pasti. Justeru, mengapakah kita masih lagi terlalu ghairah untuk mengumpulkannya tanpa mengira haramnya?. Malangnya ....diri yang terlupa kematian adalah penamat segala kenikmatan dunia. Justeru carilah harta dari yang HALAL sahaja.

Nabi SAW bersabda :-

أكثروا ذكر هاذم اللذات الموت

Ertinya : "Perbanyakkanlah ingatan kepada pemutus segala nikmat (dunia) iaitu MAUT" ( At-Tirmidzi, 4/553 ; Ibn Hibban, 7/259 ; Imam Tirmidzi : Hadith Hasan Ghorib)


MOGA UMAT ISLAM AKAN TERUS CEMERLANG.. SEBARKANLAH ILMU WALAUPUN SATU AYAT..


MASA oh masa..


Salam semua kepada pelayar2 blog medan pemikir. Pelik jugaklah, rasa masa begitu pantas berlaku. Awal pg bngn dari tidur, sepantas kilat sudah malam untuk masuk tidur semula.. MASA oh MASA.... Dunia seperti sudah berubah, tidak seperti sebelumnya., ohhhh,... dUNIA BERUBAH ATAU MANUSIA YANG BERUBAH... huhu.. daku pn tidak mengetahui jawapannya. Manusia sentiasa sibuk mengejar dunia.Kadangkala sampai terlupa akhirat yang kekal abadi.. Termasuklah diriku yg hina ini.. huhukk... YA ALLAh.. ampunkanlah doasa2ku, sesungguhnya aku bnyk lalai dalam melakukan suruhanMu. Bantulah aku untuk menjadi mukmin yg benar2 mengikut suruhan agamaMU... Posting arinie mgkn bnyk berkisar tentang kehidupan. Manusia hari ini dilihat semakin lalai dan alpa dengan keseronokan dunia. TAnggungjawab semakin terabai.Masing2 sbuk dengan urusan dunia... oh.... aku pn mungkin terlalu sibuk dengan urusan dunia... Teringat pesan Nabi junjungan kita.. KEJARLAH DUNIA SEPERTI KAMU AKAN HIDUP SELAMA LAMANYA DAN BERAMAL LAH KAMU, SEPERTI KAMU AKAN MATI ESOK HARI..huhu.. marilah kita berpegang pesaanan ini...

Ya ALLAH... Kau sucikanlah hatiku ini. Kau Matikanlah aku dalam keadaan aku Beriman KepadaMu... AMIN