Salam.. pe kabar anda semua... terkejut saya bla bc berita harian muka dpan ahad lpas.....
Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]
huhhhhh... mengucap panjang aku membacanya...apa nk jd dgn negara kta...yg diwar warkan negara islam...... cuba anda perhatikan.....
a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah
2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .
[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]
3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .
4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.
bagaimana kita mahu bendung gejaa ini???mari sama2 kta fkirkan.....
YA ALLAH SELMATKAN KELUARGAKU DANSEMUA MUSLIM DARI MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA MU......
Tuesday, March 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
masya allah
ikut nafsu lesu
ikut hati mati
ikut perasaan syaitan
ikut akal
Post a Comment