Thursday, March 26, 2009

lirik kata..

"Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat."

Wednesday, March 25, 2009

luahan hati seorang teman

Sepi, resah,rindu dan lara
Adalah fitrah perasaan
Yang sentiasa mengamit
Bersarang di benak
Melilit sanubari
Penantian satu siksa
Yang tersimbah duka
Mengayam kepedihan
Namun redha
di hujung kesabaran..

Tuesday, March 24, 2009

Kembalikan rasa ItU..

Sepi, resah, rindu dan lara
Sesekali menjengah
Bertaut di dada

Bagai mencari arah
Satu penantian yang tak mungkin sudah...


Kini...
Lara datang menyapa
Lantas membawa rasa
Sebatang kara
Kosong... tanpa jiwa tanpa rasa

Ya Allah...
Padamu kunci segala
Pohonku kembalikan rasa itu...

kembalikan kekasihku..
jadikan ia isteriku yang solehah..

Amin.. padaMu aku bermohon.

Saturday, March 21, 2009

renungan hidup BERSAMA

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.

Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.


Wednesday, March 18, 2009

CINTALAH SEADANYA...

Jika Anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak Anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi. Jika Anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci, kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.

Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang, Anda akan terpegun dengam kata-katanya, Anda memintai sesuatu Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya. Anda mengagumi buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.

Bersederhanalah dalam menyukai, memintai dan mengagumi. Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.

Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal.

Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang. Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak lagi jalan rezeki yang akan terbuka.

Moga Anda sentiasa bahagia hendaknya

BERAPAKAH NILAI KESEDIHAN ANDA?


Oleh : Dr Fikrah

Manusia telah dikurniakan oleh Allah SWT dengan perasaan sedih, pilu dan sebagainya yang menjadi rutin kehidupan seorang hamba. Tiada manusia yang sentiasa gembira sepanjang hayatnya. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Sekiranya kita melihat kepada Sirah Nabi Muhammad SAW, Baginda juga pernah bersedih, iaitu ketika kematian isterinya, Saidatina Khadijah, dan bapa saudaranya, Abu Thalib dalam satu-satu masa.

Tahun tersebut telah dinamakan “Tahun Kesedihan”, sehingga hari ini kita mengetahui tentang kisah tersebut. Hakikat yang perlu kita ambil di sini ialah bagaimanakah kita hendak menghilangkan kesedihan yang ada? Sekiranya kita melihat kepada sebab-sebab berlakunya kesedihan, seperti perpisahan, pergaduhan, kebencian dan sebagainya. Dan hakikat ini tidak boleh lari dari kehidupan seorang manusia.

Oleh itu, seseorang itu terpaksa berhadapan dengannya, dan mampu untuk mengawal kesedihan tersebut supaya tidak melampaui batasan. Bukankah Nabi SAW sendiri melarang umatnya daripada menangisi pemergian seseorang? Satu ketika, anak Baginda SAW meninggal dunia, lalu Nabi SAW menitiskan air mata kerana pemergiannya. Lalu sahabat Baginda SAW bertanya, bukankah engkau melarang daripada menangisi kematian? Baginda SAW menerangkan bahawa itulah perasaan manusia, tetapi hendaklah dikawal supaya tidak melampau, dengan meraung, menyakitkan badan dan sebagainya.

Kadangkala kita merasa sedih disebabkan ujian yang menimpa kita. Ujian tersebut diuji oleh Allah SWT untuk melihat kekuatan dan kesabaran kita di dalam menghadapi ujian tersebut. Semakin dekat seseorang itu dengan Allah SWT, semakin tinggilah ujiannya. Antara ujian tersebut ialah kesedihan. Ketika Nabi SAW berada di dalam Gua Thur bersama Saidina Abu Bakar, Baginda telah menyatakan kepada beliau, “janganlah bersedih, Allah bersama kita”.

Bagaimanakah pula kita hari ini? Kita sering diuji dengan kesedihan, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, berapakah besarnya nilai kesedihan tersebut? Atau berapa mahalkah nilai benda yang disedihkan itu? Atau kenapa perlu aku bersedih, bukankah Allah SWT bersamaku? Atau, kenapakah perlu aku bersedih sekiranya diuji, sepatutnya aku gembira kerana berada hampir denganNya.

Oleh itu marilah kita fikir sejenak. Manusia hari ini sedih disebabkan kehilangan sesuatu benda yang disayangi. Sekiranya kehilangan seseorang di dalam hidup, mengapakah kita bersedih sedangkan kita sendiri sudah tahu bahawa setiap jiwa pasti akan pergi? Sekiranya seseorang itu bersedih kerana diuji dengan ujian yang besar, mengapakah kita bersedih sedangkan ujian tersebut adalah tanda hampirnya kita dengan Allah?

Sekiranya kita bersedih kerana putus cinta, mengapakah kita bersedih sedangkan cinta yang sebenar milik Allah? Bukankah Dialah yang menjodohkan seseorang? Sekiranya sudah ditetapkan jodoh seseorang, maka tidak perlulah disedihkan kerana sudah pasti cinta itu tiada pada orang yang memutuskan cinta tersebut. Maka, apa lagi yang perlu disedihkan?

Salam Perjuangan,


Tuesday, March 3, 2009

SEDARLAH aku.....

Masa berlalu begitu cepat, katanya ia sentiasa mencemburi kita. Saat kepada minit, minit kepada jam, jam kepada hari, hari kepada bulan, bulan kepada tahun....lantas tersentak kita usia semakin dipenghujungnya.

Semakin hari usia semakin lanjut. tenaga semakin kurang, urat semakin kendur, sendi sudah sakit-sakit, nafas sudah semput , namun masih belum insafkah kita.


Kembalilah kepada jalan Islam yang menyelamatkan dalam semua aspek kehidupan.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

Ajaib tetapi benar

"Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.

Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!


Nota: Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Quraan," oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.