Thursday, March 25, 2010

Kuliah di baitul qura

Alhamdulillah,mlm td aku diberi kesempatan untuk hadir di satu majlis ilmu di baitul qura. Majlis ini anjuran yg berbahagia Tuan guru ustaz zul. Malam td penceramah jemputan adalah habib umar.. ulama dari yaman.. tp, xsempat pulak aku nk ambil gmbr sbb aku duk kat blakang, xde ruang tk aku g kedepan..tp sempat jugak la aku ambik gmbr masa habib nk blik.... Mari kta kongsi intipati ceramah mlm td....

*Manusia ada 4 musuh, jd manusia perlu berusaha menambah keimanan untuk melawan musuh2 yg ada.Antara cara menambah keimanan adalah
-Mendampingi ulama... Ulama ibarat cahaya yg menerangi sesuatu ruang di tempat gelap. Anda xkan rugi apabila mendampingi ulama. Ciri2 ulama adalah ahli sunnah,ahli tasawwuf,pegangan adalah cinta kpd nabi

*Habib uga menceritakan wabak2 negatif yg melanda umat islam ketika ini,bnyk perkara negatif yg berlaku di abad ini seperti terdapat golongan mencaci ulama,pergaulan bebas,anak tidak menghormati ibu bapa dan bnyk lg masalah sosial yg melanda.

*Justeruitu habib menyeru kta semua mencintai Nabi Muhammad Saw untuk mendapatkan syafaat baginda di akhirat kelak.

*Perkara pling pnting untuk membersihkan hati adalah makanan yg halal dan manjauhi riba.
*Mulakan setiap pekerjaan dgn BISMILAH.... DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG.

*DI AKHIR PESANAN, habib memberi pesan,IKUTLAH SUNNAH NABI DAN KITAB Allah yakni Alquran... MOGA HDUP KTA SENTIASA DALAM KEBERKATAN ALLAH untukkta ke Syurga yg kekal abadi.... Amin..

** nie antara gmbr yg sempat aku ambil..(ada parent bw anknya untuk didoakan oleh habib..

Tuesday, March 23, 2010

Huhhh... apa nk jadi???

Salam.. pe kabar anda semua... terkejut saya bla bc berita harian muka dpan ahad lpas.....

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

huhhhhh... mengucap panjang aku membacanya...apa nk jd dgn negara kta...yg diwar warkan negara islam...... cuba anda perhatikan.....

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

bagaimana kita mahu bendung gejaa ini???mari sama2 kta fkirkan.....


YA ALLAH SELMATKAN KELUARGAKU DANSEMUA MUSLIM DARI MELAKUKAN MAKSIAT KEPADA MU......

Monday, March 8, 2010

Friday, March 5, 2010

KENAPA ADA MANUSIA YANG DENGKI???

WARHHHHHH..... KENAPA ADA MANUSIA YG DENGKI...
PADAHAL AKU TAK KACO KO PUN........ TIME AKU SUSAH.. KO KEJI AKU..
AKU SENANG, KO DULU YANG CARI AKU.... DASAR MENYUSAHKAN ORANG....DEPAN AKU, AKULAH IDOLA KO.. BELAKANG AKU.... KO KATA MACAM2... JANGANLAH NK BELAGAK DENGAN KEKAYAAN YANG KO ADA... DUNIA NIE PINJAMAN SAHAJA.. X BAWA KEMANA KECUALI AMAL JER BILA KO DH MATI NNT..

Pedoman: JANGANLAH anda semua jadi manusi seperti ini......
: INI hanya LUAHAN RASA kat orang yang TAK BOLEH tengok orang lain SENANG......
: JANGANLAH PENTINGKAN diri sendiri DAN MEMIJAK ORANG LAIN
:REZEKI SEMUA dari ALLAH


Thursday, March 4, 2010

SAYANG.... xsangka darah kta sama...


Tetiba aku tertanya kepada temanku..aku send msg kpdnya.. darah ko jenis apa yer.. dia membalas..darah saya jenis o..... xsagka darah kta sama... dh lm kta knal.. bru hari ini daku tao rupa2nya darah kta sama... hati kta sama..perasaan kta sama,cinta kta sma... hehe.... yer ke??

kelebihan darah o... (bukan nk berbangga diri, tp ruang untuk perbaiki diri)

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

Adakah darah kta sama, menandakan kta akan bersama??? hanya Allah yang tahu.....



WANITA..... akal setipis rambut... lembut seperti sutera.. kuat boleh menggoncang DUNIA

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ’superman’ tanpa ’superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ’secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.