Friday, April 2, 2010

AL FATIHAH...

Salam.. mgknsatu malaya dikejutkan dgn brita pemergiaan din beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri ke rahmatullah.Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi di Hospital Selayang..Mari sama2 ktabacakan al fatihah kpd arwah... moga arwah berada bersama samadgn org beriman... Disini mgkn kta bleh ambil iktibar,tuhan boleh ambil nyawa kta biaa2 sahaja.kita kan hambaNya..

Bukan nk berleter panjang2.. moga kejadian ini memberi pengajaran kpd artis2 kat luar sana yg mcm x berapa nk sedar diri.. yg bersosial seperti mereka xkan mati dan akan hdup selama lamanya... bkn semua,tp ramai yg seakan2 x sedar diri... segn pakaian,kelakuan dan lagak hdup yg menjelikkan...Moga kta sama2 mhon diberi kekuatan untuk meneruskan hdup ini..

Sepanjang aku meminati arwah,xde pulak gosip2 liar yg aku dgr tentangnya... arwah mgkn bnyk menghiburkan kta dalam segmen pg di era dan sepanjang raja lawak berlangsung baru2 ini.. tp realiti tg kta hrus trima,kta xkan mendengar coleteh arwah lg secara live... mogakeluarga arwah tabah dgn pemergiaan arwah... mgkn satu yg bleh kta ambil dari skap arwah adalah sikap rajin dan xpernah putusasadalam melakukan sesuatu pekerjaan. sbb 2 dia berjaya hingga ke puncak..
aku ingat lg komen2 arwah sepanjang raja lawak berlangsung..mgkn sahabar rapatnya lg terasa iaitu afdlin syauki... pergilah seorang hamba Allah mengadap penciptanya...

Alfatihah.....


etikan berita daripada murai.com:

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain. Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


No comments: