Bawang putih telah lama dikatakan baik untuk kesihatan, tetapi apakah yang membuatnya menyihatkan tidak begitu jelas. Kemusykilan itu kini terjawab melalui satu kajian yang telah dijalankan dan dilaporkan dalam makalah Akademi Sains Nasional di Amerika Syarikat.
Para penyelidik kajian itu mendapati bahawa memakan bawang putih meningkatkan bekalan semula jadi hidrogen sulfida (hydrogen sulphide). Tubuh manusia sebenarnya mengeluarkan sendiri hidrogen sulfida yang bertindak sebagai antioksidan dan memberi isyarat menerusi sel-sel untuk menenangkan saluran darah dan menambah pengaliran darah.
Dalam kajian terbaru yang dilakukan di Universiti Alabama di Birmingham Amerika, itu para penyelidik mendapati bawang putih turut mengeluarkan hidrogen sulfida yang berguna. Untuk kajian itu, mereka telah mengeluarkan jus daripada bawang putih dan mencampurkan sejumlah kecil jus itu dengan sel-sel darah merah manusia.
Mereka mendapati bahawa sel-sel itu dengan segera mengeluarkan hidrogen sulfida. Keupayaan bawang putih mengeluarkan hidrogen sulfida mungkin boleh memberi jawapan mengapa kita boleh terlindung daripada diserang barah jika memakan makanan yang kaya dengan bawang putih.
Ini termasuk barah buah dada, barah prostat dan barah usus. Pakar-pakar lain pula mendapati bawang putih juga boleh menyihatkan jantung. Walaupun ia belum menunjukkan secara konsisten boleh menuruhkan kadar kolesterol, para penyelidik dari Maktab Perubatan Albert Einstein di Amerika mendapati awal tahun ini bahawa menyuntik hidrogen sulfida pada tikus hampir mencegah keseluruhannya kerosakan pada otot-otot jantung akibat serangan jantung.
Dr David W. Kraus, professor bersekutu bidang sains sekitaran dan biologi di Universiti Alabama, berkata memakan lima biji atau lebih bawang putih melalui masakan sehari adalah disarankan jika kita ingin meraih faedah bawang putih. Namun, beliau mengingatkan agar usah memasak terus bawang putih selepas ia dihiris, ditumbuk atau dikisar, sebaliknya biarkan ia selama kira-kira 15 minit untuk meraih faedah nya. Ini akan membolehkan berlakunya reaksi enzim pada bawang putih.
Ok... after this, bley la kira2 jumlah bawang putih yg ingin dimakan...
No comments:
Post a Comment