Tuesday, November 23, 2010

Tips Kuatkan Daya Ingatan

nina mazrina


Amalkan Tidur Yang Cukup

- 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan

- Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

- Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum?membeli makanan tambahan.

Bersenam

- Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan

- Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat

- Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru

- Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan

- Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca

- Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali

- Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus

- Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka

- Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran

- Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


selamat hari raya semua

salam.... x perasan pulak, raya dh lepas yer... hihi... sorry coz xsempat nk wish awal.... anyway, selamat hari raya n selamat bercuti kepada mereka yg bersekolah 2....

Thursday, July 29, 2010

terhangat dan tersangat......


salam semua.....
huhu,saje nk kongsi cerita.. aku jaln2 di KLCC last week, punya rami manusia, yg berjalan sorang ada, bekeluarga ada, berpimpin tngn ada, berpelukan ada, yg bergurau2 ada, marah2 ada.. pendek kata mcm2 ragam ada depan mata aku.... tp yg sgt mendukacitakan hampir 90% pakaian mereka yg lalu didepanku adalah menjolok mata, tiada pakaian lain kah??? fesyen kah?? trend?? atau pn suka2?? ntah lew kan..aku pn tiada jawapan..... ok, nie satu kes pulak.. die org yg berpeluk2, tetiba terfikir pulak aku.. diorg sume nie dh kwen ke.. bkn main mesra lg... ntah lew.. aku pn tiada jawapan..... aku pn bkan lew baik sgt,tp aku harap aku akan bertambah baik, dapat bimbing diri aku , keluarga aku dan org sekeliling aku. jgn jd mcm dlm gmbr nie sudah lew.. mula2 suar pnjg.. last2 kecik jer pakaiaannya...

Aku termenung mengenangkan dosa2 aku yg lalu..
Ya Allah Ampunkalah segala dosa2 ku bersama pasanganku...
hanya syurgaMu yg kami harapkan..... Permudahkan kami ke syurga Mu Ya Allah.

Monday, July 19, 2010

MY BIRTHDAY... HADIAH FOR U ALL




Hari nie ari jadi aku... hihi.. thenz kpd sume yg menjadi follower aku.... doakan aku kaya ceria dan bahagia yer.. aku doakan kalian juga.... terima lah hadiah dari aku ni....









TERUSKAN PERJUANGAN...


Friday, July 2, 2010

Korang nak pahala FREE tak? dihari JUMAAT ni?


Aku salin bulat-bulat dari blog azamanakfelda (moga ALLAH cucuri rahmat kepada roh cikgu Azam). Moga korang pun boleh tolong sebarkan tak payah mintak izin aku nak salin. Tak payah bagi aku upah dan jangan le pulak korang minta upah. Ni benda FREE ma...


Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan,
pahalanya? MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.
Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.


1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca,
Anda mendapatkan hasanah.


2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit
menggunakannya, Anda dapat hasanah


3. bagi bacaan yang membangunkan/menyedarkan seseorang.


4. Bantu pendidikan seorang anak.


5. A jarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan
do'a itu, Anda dapat hasanah.


6. Bagi CD Quran atau Do'a.


7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.


8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.


9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang
berlindung dibawahnya, Anda dapat hasanah.


10. Berikan cerita ini pada orang lain. Jika
seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda
dapat hasanah sampai hari Qiamat.

aminnnnnn...


Monday, June 28, 2010

tentang cinta


Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa


Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki


Ku sanggup redahi apa yang terjadi Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai


[audio:Unic_demi_cinta_suci.mp3]



COUPLE....anda tentukan...


Salam semua..... aku ada terbaca satu kmen kat satu entri nie.. minat giler aku ngan apa yg bdk 2 katakan... tq yer ke budak 2, moga Allah impahkan rahmat dan hidayah keatas kamu.. amin...
Then, aku berminat nk kongsi bersama anda semua.... jom sama2 kita kongsi...

kapel tu haram..kalau x mmpu nk kahwin..jgn la gatal nk kapel...ye..kapel tuh bertujuan nk knal2 sblum kawen..moge2 bhagia lps kawen nnti..dapat redha Ilahi...tp kalo sebelom kawen lg dh buat bende2 haram dgn bakal suami/istri (bepegang tgn tuh haram okeyy)..ape lg yg diharap kan??...sesetengah tuh bangge hebahkan2 bile dorng dh kapel 3-4 tahun..whats the point??...aku rs dlm 100 yg kapel..2-3 kapel je kot yg x pnah pegang2 tgn kn..bende nih ramai yg ambik mudah..korng tau x..Nabi ckp..lebih baik dituangkan ke dlm telinga lelaki tuh cairan timah panas ke dlm telinga dia..drpd dia menyentuh perempuan yg ajnabi bagi nya..bende nih bukan bende yg bleh buat maen okeyy..so lepas blk deting bmesra2 dgn awek...kalau tetibe korang eksiden jatuh moto..luke2..tu br sket je balasn nyer..kalo nk dbandingkan dgn balasan yg sepatut nye..kalo x kt dunia..Allah bg kt akhirat nnti kalo korng x btaubat dan tros nk mempertahankan idea kapel korng tuh..huhu..

ramai gak ckp, aku kapel kire aku cop dlu arr..kalo nk tngu aku abis blaja..alamat nyer melepas la aku..hmm..ape de hal..Allah s.w.t maha kaya..kalo btol dia jdoh ko..x kemane pn..x yh kesah sngt arr psl pmpn nih..kt akhirat nnti Allah s.w.t bleh bg beribu2 bidadari kt ko kalo ko sabo dr berkapel2 nih..kt dunia nih..bile ko dh btol2 redi nk kawen..Allah s.w.t akan hadirkan seorng yg btol2 sesuai tuk ko..pecaye lah..hehe..sebab taraf jodoh nih same mcm ajal..sedikit pn xkn berubah..dan Allah s.w.t dah tetapkan dh sebelum ko lahir lg...so pikir2kan lah..dan selamat beramal..hehe..sori..terpanjang lak komen.. =)